Back To All

Aug 14, 2025 5PM

Klook & Hong Kong Tourism Board jalin kerjasama pelbagai pasaran perkasa pengalaman pelancong Muslim

Kekurangan akses kepada makanan mesra Muslim, kemudahan solat dan pertimbangan privasi boleh mewujudkan rasa tidak selesa atau terpinggir buat pelancong beragama Islam yang ingin melancong serta mencipta kenangan bermakna.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip - pihak berautoriti global dalam pelancongan mesra Muslim - Fazal Bahardeen, berkata, hal itu sekali gus menjejaskan tujuan sebenar pelancongan santai, iaitu untuk menikmati pengalaman baharu dengan ketenangan fikiran.

 

“Merancang perjalanan ke destinasi yang majoritinya bukan Muslim boleh menjadi sesuatu yang mencabar apabila maklumat penting mengenai keperluan berasaskan agama tidak mudah didapati.

 

“Melancong ke tempat yang asing bersama orang yang tidak dikenali juga boleh menambahkan rasa kebimbangan itu,” katanya dalam kenyataan.

 

Justeru, menurut beliau, senario itulah yang mengilhamkan Jelajah Hong Kong, satu kempen pelbagai pasaran pertama oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB).

 

Katanya, ia bertujuan untuk memperkukuh imej Hong Kong sebagai destinasi mesra Muslim.

 

“Kami amat gembira melihat Hong Kong membuat kemajuan ketara dalam usaha menjadi destinasi yang lebih inklusif dan mesra pelancong Muslim. 

 

“Kerjasama antara Klook dan HKTB merupakan contoh terbaik bagaimana kolaborasi dapat menghasilkan pengalaman pelancongan mesra Muslim yang bermakna serta menyediakan maklumat pelancongan yang berguna dan relevan untuk para pelancong,” katanya.

 

Pengurus Besar Klook untuk Hong Kong, Macau, dan Thailand, Kenny Sham, berkata, sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Klook memperkenalkan pusat sehenti yang menawarkan aktiviti dan penginapan mesra Muslim, lawatan harian mesra ibadah ke tarikan keluarga serta lokasi budaya utama.

 

Menurut beliau, bagi merealisasikan pengalaman itu, Klook memanfaatkan rangkaian Kreatornya di pasaran utama seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk membangunkan serta berkongsi jadual perjalanan terpilih, dengan cadangan langsung yang memberikan pelancong Muslim keyakinan dan keselesaan untuk meneroka Hong Kong dengan bebas.

 

“Kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman pelancongan yang lebih inklusif dengan memanfaatkan kekuatan kami dalam penemuan destinasi, data yang mendalam, dan tawaran yang dipilih khas. 

 

“Dengan kerjasama bersama HKTB, kami berjaya menutup jurang maklumat khususnya untuk pelancong Muslim dari kalangan Milenial dan Gen Z, sekali gus membantu mereka meneroka Hong Kong dengan penuh yakin dan selesa. 

 

“Inisiatif ini adalah susulan daripada kemajuan yang telah dicapai sebelum ini,” katanya.

 

Kempen itu merupakan lanjutan daripada kerjasama bersama CrescentRating dan HalalTrip. 

 

Untuk Klook, kempen tersebut merupakan kesinambungan daripada perkongsian strategik bersama CrescentRating dan HalalTrip. Melalui kerjasama itu, Klook menjadi platform global pertama dalam segmennya yang menawarkan penarafan mesra Muslim yang disahkan, sekali gus memudahkan pengguna mengenal pasti aktiviti serta tarikan yang memenuhi keperluan agama mereka

 

Bagi Hong Kong pula, bandaraya itu telah dinobatkan sebagai Destinasi Mesra Muslim Paling Berpotensi Tahun Ini pada Anugerah Halal in Travel 2025. Selain itu, Hong Kong berada di tangga ketiga dalam kategori destinasi bukan OIC (Non-Organization of Islamic Cooperation) dan kedua di peringkat global dalam kategori Destinasi Pelancongan Mesra Wanita Muslim dalam Global Muslim Travel Index (GMTI) 2025.

 

Pengiktirafan tersebut mencerminkan komuniti Muslim semakin menghargai komitmen Hong Kong dalam menawarkan pengalaman pelancongan yang inklusif serta menghormati nilai dan kebudayaan pelancong Muslim.

 

Pengarah Serantau Asia Tenggara HKTB, Liew Chian Jia berkata, sejak pelancaran kempen fokus Muslim Jelajah Hong Kong, mereka dapat menyaksikan peningkatan minat dan pertanyaan daripada pelancong Muslim di pasaran utama. 

 

Menurut beliau, melalui kempen itu, HKTB secara strategik menonjolkan pelbagai tawaran dan pengalaman mesra Muslim yang semakin berkembang di Hong Kong.

 

“Kerjasama dengan Klook adalah kolaborasi yang tepat pada masanya dan juga

sangat bermakna kerana dapat memposisikan Hong Kong sebagai destinasi inklusif dan mesra bagi pelancong Muslim. 

 

“Ia juga mengukuhkan komitmen berterusan kami untuk mempelbagaikan daya tarikan pelancongan Hong Kong dan memenuhi keperluan pelawat global yang sentiasa berubah,” katanya.

 

Menurut GMTI, ketibaan pelancong Muslim antarabangsa mencapai 176 juta pada tahun 2024 meningkat 25 peratus berbanding pada 2023 dan dijangka meningkat kepada 245 juta menjelang 2030. 

 

Laporan itu berkata, menjelang waktu itu, perbelanjaan pelancongan dijangka mencecah AS$230 bilion (RM 965.43 bilion) menunjukkan potensi ekonomi dan pengaruh pasaran yang semakin berkembang ini.

 

Data Klook turut mengukuhkan trend itu. Dalam tempoh 12 bulan lalu, tempahan ke Hong Kong daripada komuniti Muslim meningkat sebanyak 43.5 peratus dengan taman tema dan tarikan pelancongan menjadi pilihan utama.

Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

14 Aug 2025

Waktu solat berikutnya,

Isha

pada

20:38

mosque
imsak

Imsak

05:51:00

fajr

Fajr

06:01:00

syuruk

Syuruk

07:10:00

dhuhr

Dhuhr

13:21:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:27:00

isha

Isha

20:38:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

pibbhiphip

Media Partner for

WitexHei 2023Hei 2023Malaysia Showcase